Assalamualaikum...
Bismillahirahmanirahim.
Sobahalkhair, ya asdiqai
Okay,hari ini saya nak share dekat pembaca sekalian tentang musuh iblis.Ha siapa musuh dia?Mesti nak tau,kan?
Seperti yang sedia maklum,iblis adalah MUSUH NOMBOR SATU kita.Makhluk inilah yang angkuh dan sombong,tidak mahu tunduk tanda hormat kerana merasakan kejadiannya lebih hebat daripada Nabi Adam alaihissalam.Di dalam surah Yaasin ayat 60,Allah telah berfirman "Bukankah Aku telah perintahkam kamu wahai anak-anak Adam,supaya jangan mengikuti syaitan?Sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata."
Berbalik kepada point yang kita nak bincangkan.Antara musuh iblis ialah..
1.Nabi Muhammad
2. Imam yang adil
3. Orang kaya yang merendah diri
4.Pedagang yang jujur
5.Orang alim yabg khusyuk solatnya
6.Orang beriman yang suka memberi nasihat
7.Orang yang beriman dan pengasih
8.Orang yang bertaubat dan tetap dengan taubatnya
9.Orang yang tidak mahu membuat kemungkaran
10.Orang beriman yang sentiasa berwuduk
11.Orang beriman yang banyak bersedekah
12.Orang beriman yang berkelakuan baik
13.Orang beriman yang memberi manfaat kepada orang lain
14.Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca Al-Quran
15.Orang yang menegakkan ibadah pada waktu malam,sedangkan orang lain tidur dengan nyenyaknya
(Berdasarkan hadis riwayat Wahab bin Munbih yang menceritakan tentang soal jawab iblis yang menyamar sebagai lelaki tua yang memegang tongkat dengan Nabi Muhammad atas perintah Allah)
No comments:
Post a Comment