Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim...
Pada hari yang nirmala lagi indah ini,ana mahu berkongsi sebuah hadis sahih buat tatapan antum-antum semua.Mesti excited,kan?Sabar..sabar..
Hadisnya berbunyi ..
Diriwayatkan oleh IBNU UMAR R.A,dari Nabi SAW,bahawa baginda bersabda,
"Ketahuilah,setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya.
Seorang pemimpin yang memimpin manusia akan bertanggung-jawab atas rakyatnya,
Seorang lelaki adalah pemimpin atas keluarganya,dan dia bertanggungjawab atas mereka semua,
Seorang wanita juga memimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya,dan dia bertanggungjawab atas mereka semua,
Seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya,dan dia bertanggungjawab atas harta tersebut.
Setiap kalian adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab atas kepimpinanya."
( H.R. MUSLIM)
Lihatlah,kita adalah seorang pemimpin dan semua tanggungjawab diletakkan di bahu kita.Oleh itu,kita haruslah memikulnya dengan sebaik mungkin.Ingatlah,apa yang kita lakukan akan disoal nanti.Akan ditanya apa yang kita curahkan di dunia sama ada yang baik atau yang buruk .Ini telah termaktub di dalam Al-Quran.Pikullah amanah dengan penuh tanggungjawab dan rasa AMANAH,dan jika tidak mampu memikulnya,berilah kepada insan yang lebih mampu.
.jpg)
No comments:
Post a Comment