Saturday, 27 June 2015


Assalamualaikum, 
Bismillahirahmanirahim..
Ha..ha..ha...
Amacam?Lama pula saya tak update blog ni.Rasa berhabuk pula blog ni.Korang pun,ok tak?Sihat tak?Kalau sihat,alhamdulillah sebab masih Allah bermurah hati kurniakan kita nikmat yang satu ni.😄
#love_you_alls
#Good_night

Puisi seorang hamba

Tidak letihkah kita mengejar dunia?
tidak lelahkah kita mendaki dunia yang bakal fana jua?

Jadi-
Kembalilah kita padangnya-
Pencipta agung kita
Yang sentiasa menghamparkan rahmahnya
Buat kita hambaNya

Tak bersyukurkan kita?
Dikurniakan Tuhan sehebatNya?
Mengapa entiti lain yang kau damba?
Sesudah yang sempurna kau ada?

Pulanglah,ke pangkal jalan,
Jangan terus perjalanan yang tanpa tujuan,
Tanpa teras-
Untuk abdikan diri pada Dia
-Tuhan yang esa

Friday, 20 March 2015

7 Golongan yang mendapat naungan di Hari Kiamat (hadith for a day)

Seperti yang kita ketahui,tiada siapa yang akan mendapat naungan di akhirat tanpa izin-Nya.Memang sangat beruntung buat manusia yang dinaungi kelak.Oleh itu,apakah ciri-ciri orang yang mendapat naungan ini(berdasarkan hadis riwayat muslim):
👉imam(raja,pengusaha)yang adil
👉pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah
👉orang yang hatinya tergantung pada masjid
👉dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah.Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah
👉seorang lelaki yang dirayu oleh wanita seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat zina lalu dia menolak dengan berkata "Aku takut kepada Allah"
👉orang yang mengalirkan air matanya ketika berzikir,mengingati dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri
👉orang yang bersedekah dengan diam-diam,sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kananya
~tamat~

Kisah Ayda Jebat(jangan mudah berputus asa)

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim
putus asa?
rasa macam dah tak ada peluang?
STOP think like that.
Ini ada satu kisah nak share.
Tadi,tengah boring-boring,layanlah Tv,rancangan HLive..bla..bla..bla..dan ada satu kisah artis yang saya tertarik nak share iaitu kisah AYDA JEBAT-finalis Akademi Fantasia.
~comel tak Ayda bertudung??~
Beliau mula popular dengan drama adaptasi novel iaitu 'Rindu awak 200%' yang ditayangkan di tv tiga.Sebelum drama ini ditayangkan,mati-mati saya tidak kenal siapa beliau.
Okay,stop talk about it.Apabila si penebual bertanyakan satu soalan,Ayda menjawab "Dahulu,saya menetapkan target buat diri saya,jika saya tidak dikenali selama tempoh ....saya akan berhenti dari industri ini,namun alhamdulillah.."begitulah bait-bait bicara beliau.
Lihat,dari zero kepada hero,dari tidak dikenali menjadi superstar!Nampak tak?Nampak tak yang kejayaan itu akan tiba juga jika berusaha,antara lambat atau cepat.Jadi,usah mudah berputus asa.Keep it up!

Wednesday, 18 March 2015

Demam denggi??

Assalamualaikum 
Bismillahirahmanirahim

"Mama,mama kenapa along boleh kena demam denggi?Nyamuk aedes tu hisap darah along tak henti-henti ke?ewah-ewah,darah along pula jadi dinner,breakfast,supper dia pulak!"soalan Qisya kepada ibunya.Ibunya hanya tersenyum simpul.Pandai-pandai aje anak dia buat konklusi sendiri.

Macam mana demam denggi boleh terhasil?
a.nyamuk membawa virus
b.virus itu menyerang sel di dalam badan
c.ia melemahkan sistem pertahanan badan
d.serangan virus demam kuning yang disebabkan nyamuk
Benarkah sup ketam boleh menyembuhkan penyakit ini?
Wallahualam.Saya tidak tahu tentang hal ini.Namun,menurut orang yang lebih makan garam dari saya mengatakan begitulah.Sebab saintifiknya saya tidak tahu.

Some pictures to share;to make we think








Tuesday, 17 February 2015

Doa sebelum belajar

Maksudnya:Ya Allah,tambahkan aku ilmu dan berilah aku rezeki akan kefahaman.